Bila sebut je Kerja dekat Aussie, mesti semua terbayang
sebuah kehidupan Sosial ala-ala Mat Saleh...
Bangun pagi breakfast –
Scrambelled Eggs, Red Bean, Sweet Corn, Green Bean, Pancake atau
sekurang-kurangnya Tuna Sandwich... Lunch – Burger, Pizza... Dinner – Steak.
Hujung minggu, pakai baju sejuk tebal-tebal – pusing Bandar cuci mata tengok
Minah-Minah Saleh, window shoping... THIS IS AMAREKA...!!! (OZ la tu...)
Hakikatnya tak sama dengan yang korang bayangkan...
Kehidupan hebat ala-ala “Western Union” tu memang ada dekat
sini, tapi bukan dekat semua tempat... Kalau kerja dekat Bandar, yes – tu lah
kehidupan korang...
Nak kerja dekat Bandar, korang nak kena ada “Working Visa”
atau sekurang-kurangnya “Student Visa”. Nak apply “Working Visa” makan masa
paling kurang 6 bulan... Ada yang cecah sampai bertahun, tengok pada kelayakan,
kebolehan & jugak rezeki... Kalau kena dengan kelayakan, kebolehan &
jugak rezeki, akan ada mana-mana Syarikat yang minat nak pakai pekerja
selesaikan semua tu.
“Student Visa”..? Daftar belajar dekat mana-mana Pusat
Pengajian dekat Aussie... Registration nak kena standby paling kurang
AUD3,000.00.
Once lu dah dapat “Working Visa” atau “Student Visa”, korang
dah boleh cari kerja dekat mana-mana tempat yang korang minat. Jangan lupa, kena
bayar 35% tax pada Australian Government. Tapi bagi gua, dengan tangga gaji
yang korang dapat, 35% Government Tax kecik je dengan apa yang korang dapat.
Dekat sini bukan semua benda korang boleh dapat Free Of Charge. Banyak nak kena
bayar, tapi – It’s Wordth It.
Mula-mula gua sampai Aussie, gua sempat buat survey dalam
Bandar Melbourne, gua jumpa lebih kurang 15 orang dari Malaysia yang kerja
dekat kedai-kedai dalam Bandar Melbourne & majority mereka dibayar sebanyak
AUD13 sejam... Kerja 8 jam sehari... Kos makan dekat Bandar Melbourne paling
tinggi AUD50 kalau makan tahap Mangsa Kebuluran, jadi separuh gaji pun tak
habis untuk makan, minum dan lain-lain.
Bukan nak kutuk, tapi kenyataan – Dekat Malaysia, majority
yang kerja dapat lebih kurang RM20 – RM50 sehari... 3 kali makan dekat kedai,
transport, tol, parking blab la bla... Balance..? Kadang-kadang tak padan
dengan gaji. Kerja dekat Malaysia jarang dapat simpan duit, boleh jugak kalau
gua cakap, majority yang bekerja dekat Malaysia “terpaksa” bekerja sebab nak
hidup, kerja dalam keadaan tertekan, dapat gaji, kira hutang... Nak simpan..?
In Shaa Allah...
Tu untuk yang kerja secara Legal... kalau kerja dengan cara
Illegal, tak de visa..? – Gua rasa PATI dekat Malaysia lebih beruntung dalam
hal ni.
Kita boleh tengok PATI dekat Malaysia kadang-kadang
kehidupan mereka lebih baik dari Warganegara Malaysia sendiri. Duduk rumah
kongsi, percuma, ada yang bukak tanah haram kemudian buat penempatan sendiri,
Imigresen, Polis atau mana-mana Penguatkuasa datang – Bagi sampul surat,
selesai.
Hujung minggu boleh meronda segenap ceruk Negara Malaysia,
naik Komuter penuh dengan PATI, Pasar Malam penuh dengan PATI meniaga, Uptown –
Downtown pun geng-geng PATI boleh cari makan tanpa risau pada Penguatkuasa.
Boleh cakap, majority PATI yang ada dekat Malaysia “cuci tangan” lepas dapat
gaji, atau meniaga. Penguatkuasa hanya muncul “beberapa ketika sahaja”, selain
dari tu – Hayun apa yang patut dalam Pejabat.
Penjara Terbuka
Dalam kembara gua, gua pernah stay dekat 1 penempatan pekerja
Ladang dari Malaysia... Kehidupan dekat sana gua anggap “unexpected”. 24 jam
kehidupan Cuma dalam kawasan Cabin sahaja. Nak keluar mana-mana susah sebab tak
de transport & penempatan jauh dari Bandar. Kalau keluar pun berhadapan
dengan risiko kena tangkap Polis atau Imigresen.
Ada kawasan yang Penguatkuasaan berjalan 24 jam, 7 hari
seminggu, 365 hari setahun sampai Majikan dekat kawasan tu keluarkan arahan
berkurung seawal jam 9:00 malam – Semua barangan tak boleh ada dekat luar cabin
atau caravan, lampu & semua Air-cond WAJIB ditutup (Cabin atau Caravan
mesti dilihat seperti “kosong/tak de penghuni)
sebab takut diserbu Imigresen.
Tiap-tiap minggu paling kurang 5 orang kena tangkap &
terus dihantar balik ke Negara asal. Kebanyakannya, ditahan dalam Van masa
dalam perjalanan ke Bandar untuk beli barang-barang keperluan.
Kalau hari bekerja kira ok la jugak duduk dalam keadaan
macam tu, tapi ada masa-masanya tak de kerja sampai 2-3 minggu... Korang
bayangkan 2-3 minggu “terkunci” dalam kawasan Cabin. Masa gua dekat penempatan
tu, sorang Pakcik pernah tanya gua – “Engkau tak rasa duduk sini macam duduk
dalam Penjara ke..? 3-4 hari lepas Pakcik tu bagi gua soalan tu, Pakcik tu
balik Malaysia lepas 3 minggu berada di Aussie sebab tak tahan dengan cara hidup
ala-ala “Penjara” dekat sini.
Tu 2 perbezaan Kehidupan Sosial dekat sini... Kalau ada
“Working Visa” atau “Student Visa”, memang korang akan rasa kehidupan ala-ala
Barat, tapi kalau korang tak de salah 1 antara 2 visa tu, korang akan rasa
kehidupan ala-ala “MELARAT”...
Kalau korang betul-betul paham apa gua tulis dekat atas,
korang akan Nampak dalam kehidupan kerja secara “Illegal”, ada 2 level... Bukan
semua kehidupan mereka macam dalam Penjara. Ada ramai lagi yang menikmati
kehidupan yang sama & kadang-kadang lebih bahagia dari yang ada 2 visa tu.
Yang tu nanti gua cerita dalam entri gua yang akan datang.
Kehidupan Sosial
Kehidupan Sosial dekat sini memang Sosial Gila. Kalau nak
berjudi atau mabuk-mabuk, boleh call mana-mana Club, transport akan datang
ambik korang dimana sahaja korang berada & habis berjudi, menang atau
kalah, ada transport akan hantar korang balik di mana saja korang nak &
it’s “FREE OF CHARGE”.
Kaki Ganja... Ganja dekat sini dibenarkan, boleh simpan stok
untuk kegunaan sendiri... Setiap rumah dibenarkan tanam 1 Pokok Ganja SAHAJA
dalam 1-1 masa. Boleh cakap, kebanyakan Mat Saleh ada simpan Ganja dalam Poket
atau Kotak Rokok.
Sebelum makan, kebanyakan Mat Saleh sedut Ganja &
setakat ni gua tak de jumpa lagi Mat Saleh stim Ganja macam Melayu Stim
Ganja... Tak de yang stim tahap Penagih Dadah.
Makanan & Minuman
Nak cari makanan halal dekat sini tak de masalah... Cuma ada
beberapa tempat yang populasi penduduk beragama Islamnya rendah, memang ada
masalah... Kadang-kadang je boleh jumpa bahan mentah halal tu pun setakat
Kambing je... Tapi gua rasa tak de masalah sebab bekalan ikan tak pernah putus.
Kalau nak masak, kena pandai-pandai reka resepi baru sebab
bahan masakan dekat sini tak sama dengan apa yang kita ada dekat Malaysia... Tapi
kalau pandai cari, tak de masalah kalau setakat nak masak kari atau nasik
lemak.
Buah-buahan, jarang pekerja dekat sini keluarkan belanja
sendiri untuk beli buah-buahan sebab bekalan buah-buahan sentiasa ada di
sekeliling tempat kerja & jugak cabin. Segar dari ladang.
Bersambung...