Saturday, December 14, 2013

Hijrah 2: Hari Pertama “Covering”

Hari ni hari pertama & jugak pertama kali gua buat kerja “covering”. Kalau yang biasa kerja dekat ladang anggur, mesti tau & biasa dengan kerja-kerja “covering”. Ada yang cakap, kerja-kerja “covering” ni kerja paling berat dalam industri ladang anggur.

Seminggu sebelum bermula kerja-kerja “covering”, gua dengar macam-macam cerita dari “otai-otai” dalam kawasan cabin gua. Mungkin tu jugak antara sebab member gua yang datang sekali dengan gua ke Melbourne angkat kaki blah cari kerja lain.

Cerita-cerita “seram” pasal “covering” terus jadi halwa telinga gua sampailah masa untuk buat kerja covering & gua tetap nekad dengan tujuan asal gua datang sini – Belajar & ambik sebanyak mungkin pengalaman, bukan sekadar “dengar cerita” dari mulut orang.

Sampai masa, contractor datang ke cabin gua, panggil semua yang ada kemudian tanya – “Sape mau bikin kerja covering..? Sudah start tak boleh cuti ahhh... ada 12 hari kerja, mau cover paling kurang 10 ekar 1 hari. Sape mau boleh kasi nama, esok kita pergi training”.

Gua letak nama gua. Esok training covering.

Gua malas nak cerita pasal training. Terus pada topic utama.

Pagi jam 6:30 van datang pickup team kami. 8 orang semuanya. Sebelum keluar, masing-masing dah balut jari-jemari dengan plaster, pakai glove kemudian balut glove dengan salotape.

Jam 7:00 pagi kerja-kerja mula.

Traktor dengan alat khas bawak canvas tinggi melepasi deretan pokok-pokok anggur, 4 orang runner ikut belakang tractor serapat mungkin kemudian “pinkan” canvas pada dawai dengan paku.

Selebihnya termasuk gua follow belakang team pertama tadi, cover pokok anggur pakai canvas dengan kemas supaya canvas tak ditiup angin & dapat melindungi buah-buah anggur yang hampir masak dari panas cahaya matahari.

Kerja Nampak macam senang... Tarik canvas sapai tegang, lipat, balut pada dawai kemudian pinkan pakai paku.

Jam 7:00 sampai waktu makan tengahari semua dalam team kami buat kerja dengan cukup laju... Lepas makan tengahari..?

Bermula “seksa”.

Kuku dah mula rasa pedih, tapak tangan mula rasa sakit tambah pulak bila dah banyak kali tercucuk paku, lengan, bahu, atas belakang, peha, betis & badan dah mula terasa sakit sampai 1 tahap, masing-masing dah “down” nak teruskan kerja...

Sakit, lenguh, penat, dahaga, panas arghhh... Ni hari pertama & terakhir gua buat kerja ni...!!!

Lu tak kan dapat rasa “seksanya” buat kerja ni kalau lu sekadar baca je tulisan gua... Kalau berani, sila turun padang. Phui...!!!

Seumur hidup gua, gua tak pernah rasa seksa macam buat kerja covering... Stakat kerja buruh binaan, pergi demonstrasi kena sembur gas pemedih mata, kena sembur dengan air kimia blab la bla – biasa je bagi gua berbanding buat kerja covering...

Start kerja jam 7:00 pagi, rehat jam 12:00 tengahari sampai jam 12:45 kemudian sambung kerja sampai jam 5:00 petang...

Lu Tau berapa luas ladang nak kena buat covering..? Minimum 10 ekar beb..!

Balik kerja terus mandi, qada solat zohor, solat asar... Bum... Tidur atas sejadah... Jam 8:30 malam member kejut solat maghrib... Lepas tu sambung tidur... Sedar-sedar jam 12:00 tengah malam... Perut lapar... Masak makan malam & jugak untuk pagi & tengahari esok, jam 2:00 pagi tidur balik...


Penat tak boleh nak cakap beb... Welcome To The Hell...







No comments: