Friday, December 20, 2013

Hijrah 5: 1001 Kisah Di Ladang Anggur

Hari ni hari terakhir gua dekat sini. Tamatnya pengembaraan pertama gua di Ladang Anggur. Banyak pengalaman berharga gua dapat dekat sini dalam masa yang sangat singkat.

Gua dapat ramai kawan-kawan baru, gua belajar banyak perkara baru, gua belajar hidup susah beribu batu dari Kampung Halaman gua, jauh dari Keluarga & sahabat-sahabat seperjuangan.

Kalau dekat Malaysia, kebanyakan kita termasuk gua sendiri kadang-kadang memandang hina pada Mat-Mat Bangla, Mat Indon, Myanmar & lain-lain pendatang yang mencari rezeki di Bumi Malaysia... Dalam masa lebih kurang 3 minggu gua di Australia, pandangan gua sedikit berubah pada para Pendatang yang betul-betul berhijrah mencari rezeki halal di Bumi Malaysia.

Gua & para perantau di Bumi Aussie akhirnya terpaksa akui kekentalan semangat mereka bila mereka berhijrah jauh dari sanak-saudara, mencari rezeki yang dijanji Allah di Bumi Asing. Kami mula memahami kesusahan hidup mereka di tempat sendiri – “Hujan Emas Di Tempat Orang”.

Tinggalkan keluarga, anak-anak, isteri & yang tercinta demi untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Tak de beza kehidupan para perantau dekat sini dengan kehidupan Pendatang di Bumi Malaysia.

1 – Uncle Jeff

Umur Uncle Jeff 52 tahun. Dekat perkampungan ni Uncle Jeff dah jadi macam bapak kami.

Menarik tentang Uncle Jeff, berhijrah cari rezeki dekat sini sebab nak tampung kos perubatan dia sendiri & tak nak menyusahkan anak cucu di Kampung.

Uncle Jeff adalah pesakit jantung, sama level dengan TDM – hidup bergantung pada “Bateri” & pertengahan tahun depan sampai masa untuk tukar “Bateri”.

Tak kira cuaca sesejuk 4’ celcius atau sepanas 47’ celcius, Uncle Jeff tetap bersama-sama kami melayan dingin & panas di Ladang memerah keringat dengan harapan menggunung – balik ke Malaysia dengan sejumlah wang untuk menampung kos perubatan diri sendiri & tidak menyusahkan sesiapa termasuk keluarga sendiri.

2 – Anip

Anak muda dari Kedah, awal 20-an... Dekat kampong, aktif bersukan, kaki bola.

Datang jauh sampai ke Australia sebab nak cari rezeki lebih. “Saya dok Malaysia dari habis sekolah sampai la ni dok keja banyak tempat dah bang, nama nak simpan duit memang mimpi ja... Tu yang ligan mai dok sini keja macam Bangla... Tapi dok sini macam berbaloi la Bang... Keja macam Bangla pun tak pa janji buleh simpan duit... Dok Malaysia keja mengalahkan Bangla kata nak simpan seratoih sebulan pun tok sah dok mimpi la... Nak makan, sewa rumah itu ini mahal bagai... Tak ghasa macam rakyat Malaysia la... Depa dok ataih mana pikiaq susah kita, depa tau suruh kita berjimat jaaa... Yang depa sendiri tiap-tiap hari tau “berjimak” ja keja... Cakap pandai”.

Hahaha...

3 – Ah Hoo

Cina Segambut, awal 30-an... Dah 4 tahun bermastautin dekat sini. Tinggalkan anak & isteri dekat Malaysia.
Gua pernah tanya Ah Hoo, “lu tak rindu dekat anak lu ke dah 4 tahun lu tak tengok diorang..?”. Ah Hoo termenung kejap, kemudian bangun & terus masuk dalam cabin. Tu kali pertama & terakhir gua tanya soalan tu.

Waktu kerja gua selalu perhatikan cina ni, memang dia bantai keringat dia gila-gila time kerja, waktu rehat ontime dia berhenti untuk makan, lepas tu sambung balik kerja sampai supervisor bagi isyarat masa untuk balik.

Tak de istilah “cuti” dalam kamus hidup Ah Hoo. Gua pernah tanya kenapa dia datang jauh cari duit dekat sini, Dia Cuma jawab soalan gua dengan senyum.

Gua rasa dia ada sebab peribadi & mungkin jugak datang sini sebab dah tak Nampak peluang untuk berdikari di Malaysia & sebab tu Cuma dia sorang je yang tau.

Cina ni rapat dengan semua perantau dekat sini tak kira bangsa apa... “Kita semua manusia maaa... Ini Bumi Allah bikin kasi semua orang duduk baik-baik kawan-kawan tolong-tolong semua orang. Bukan gaduh-gaduh”.

Bagusnya cina Ah Hoo ni, dia rajin tanya waktu sembahyang pukul berapa. Harap 1 hari nanti dia diberi Hidayah oleh-Nya.

4 – Salim

India Muslim dari Penang. Akhir 30-an. Pendiam... Waktu lepak ramai-ramai tak pernah berbunyi suara, senyum memang tak lepas dari mulut.

Mudah berkawan dengan sesiapa pun, Cuma memang tak banyak cakap.

Waktu kerja pun tak banyak cakap. Tau-tau kerja dah siap.

5 – Superman

Kami panggil mamat ni “Superman” sebab masa kami pindah cabin lain dekat tempat baru, ada sekeluarga Mat Saleh kebetulan tinggal dekat cabin baru.

Mat Saleh ni Cuma tinggal berdua dengan anak dia. Nama Mat Saleh ni Ghaz & anak dia memang cun melecun. Mat Saleh ni & anak dia ada bela 3 ekor anjing, Nam, Billy & yang sekor lagi gua tak tau nama apa.

Nak jadi cerita, hari pertama kami pindah, masa ramai-ramai dok cuci kitchen, anjing-anjing Ghaz bergaduh sesame sendiri dekat luar kitchen, anak Ghaz yang cun melecun cuba nak leraikan anjing-anjing tu, tapi sebab tersilap langkah, anak Ghaz sendiri pulak jadi mangsa kena gigit dekat Nam yang tingginya paras pinggang gua.

Nasib baik “superman” ada, dengan pantasnya “superman” berlari pergi dekat tempat anjing-anjing & jugak anak Ghaz yang cun melecun & dengan “Gagah Perkasanya” superman angkat anjing bernama Nam yang beratnya gua tak tau berapa puluh kg seraya melepaskan gigitan Nam pada tangan anak Ghaz & terus bawak Nam jauh dari anak Ghaz.

Anak Ghaz Cuma cedera ringan je... Kalau tak de “superman”, gua tak tau la macam mana tangan anak Ghaz, mesti lunyai kena mamah dekat anjing tu.

Masa kejadian tu, bini “superman” tengok je dari jauh sambil cekak pinggang.

Nak dijadikan cerita pulak, 2 hari lepas tu bini “superman” pulak kena kacau dek anjing Ghaz, tapi kami semua kecewa sebab masa kejadian, “superman” langsung tak kelihatan walaupun bini “superman” & kami ramai-ramai menjerit panggil “superman”.

Bini “superman” akhirnya diselamatkan oleh “supervisor” kami, sorang cina tua yang umurnya lebih 50 tahun... Hampehhh...

Hero Melayu memang macam tu kot...


Hari ni, 20hb. Disember, 2013 – Bini “superman” disahkan hamil anak sulung lepas beberapa tahun menunggu. Tahniah beb...

Gua..?

Gua akan teruskan pengembaraan gua di Bumi Kanggaroo... Tak tau lagi kemana arah tujuan gua lepas ni... New South Wales..? Midura..? Canberra..? Adelaide..? Goldcoast..? Sydney..? Tazmania..?

Tunggu...

Banyak lagi pengalaman gua dekat sini akan gua kongsikan dengan semua pembaca... Ada masa gua akan update Travelog gua di Bumi Kanggaroo... Doakan keberkatan kami disini...

Wassalam...

No comments: